20110222

SEBUAH KEANEHAN

ANEH!

agaknye itu jela 1 perkataan yang paling tepat untuk liny guna kenapa tetiba liny rasa nak update blog ni.
hahaha..
tetiba liny rasa macam kelakar je.hahaha.. (sambung lagi gelak)


Dah hampir setahun liny tak update.

hmpir???
mmg da SETAHUN tak update kot.
rindunya pada dunia blog.tempat liny pernah share2 rahsia dan aktiviti harian..tu dulu la..

tahun ni, 2011
liny dah semester 4 dalam course ECE di MSU, Shah Alam. tinggal lagi 2 semester untuk habiskan course ni.
sangat laju masa ni berjalan kan, ataupun liny yang terlewat???

terasa macam baru bulan lepas liny datang ke MSU bersama arwah Aar mendaftar diri sebagai student disini.
sepanjang hampir dua tahun liny disini, macam2 liny lalui. suka, gembira dan sedih. A LOT!!!
alah! adat la jadi student. dulu masa kat UITM pun sama jugak. dari kes keracunan makanan, kepada orang minyak hingga la 1 kes polis yang melibatkan nyawa sorang bayi.
semua tu akan jadi kenangan yang mungkin liny takkan lupa sampai bila2.
insyaAllah, suku tahun depan (2012) tamat la pengajian liny selama 2tahun 6bulan di MSU.


KEPADA YANG MEMBACA BLOG INI, DOAKAN KEJAYAAN LINY YE..SEMOGA ALLAH MERAHMATI KALIAN..AMIN..


Ermm....Sepanjang mengikuti course ni, liny betul2 jatuh cinta pada profession PERGURUAN.

Ya, sebab walau siapa pun kita. walau apa pun pangkat kita sekarang, walau berapa banyak pun gaji kita sekarang semua itu bermula daripada seorang GURU.
GURU, CIKGU, USTAZ dan USTAZAH. Banyak kan nama yang biasa kita pakai, tapi hanya 1 maksud bagi mereka iaitu PENDIDIK. Bagi mereka, pelajar itu AMANAH buat meraka.
Mereka itu tak semestinya yang mengajar di sekolah, ibu kita guru, ayah kita guru, atuk, nenek, adik bradik kita pun GURU. Semua orang adalah GURU kita.
Sejujurnya, bila kita mula masuk dalam bidang ini baru kita sedar kenapa orang dulu2 menciptakan pepatah "guru ibarat lilin"...

flower smileINSYAALLAH...LINY IKHLAS INGIN JADI PENDIDIK. flower smile