20110817

PINGU ITU COMEL

Salam..
Today is a nice day..hehehe..kenapa ye?
Haha.. Td pagi aku mimpi dapat duit..banyak pulak tu. RM393939, cantik plak tu susunan angka nilai duit tu kn?
I wish it will come true..hahaha


AKU BANYAK HUTANG. **SERIUS**

Tecik-tecik lagi dah banyak hutang. Haishhh...
Macam2 yang aku imaginasikan... Tinggggg..!!
"Kan best kalau kita boleh dapat duit tiba2, tak dapat banyak pun takpe lah. Janji hutang kita setel. Kan?"
Akma gelak2 je setiap kali aku cakap camtu.. Layannnn...

****************************************************************************************************

Citekan pasal imaginasi, teringat plak pasal student2 aku masa praktikal kat Kelantan pertengahan Julai tahun lepas.
Masa tu bukanlah aku yang mengajar. aku cuma observe (mencerap) kawan aku mengajar.

Topik hari tu ANIMALS IN THE SEA. So banyak la kawan aku prepare gambar haiwan2 laut nak bagi tunjuk kat dorang.
Masa set induction kawan aku tanya la dorang apa haiwan laut yang dorang kenal..
Haish..masing2 dengan bangganya bagitahu la nama2 haiwan laut yang dorang tahu.
"cikgu, ikan.."
"cikgu, ketam.."
Macam2 yang dorang senaraikan..cikgu, itu, ini, itu, ini..
Tiba-tiba...
"cikgu2, saya nak jawab...."
Kawan aku pun bagi la peluang kanak2 tu jawab.
"ok..apa lagi haiwan laut?"
"PINGU..cikgu.betul tak???" bersinar2 matanya dengan jawapan itu. nampak sangat dia yakin dengan jawapan itu..
Kawan aku senyum dan jawab.. "ha...betul la PINGU tu haiwan laut.tp PINGU tu kan nama haiwan tu..PINGU tu apa ya??"
Kanak2 tu termalu2... "ala...PINGU plak, PENGUIN la cikgu...hehehe"
"erm..camtu la.penguin pun haiwan laut jugak."
aku kat belakang senyum2.
jelas sangat betapa besar pengaruh TV kepada kanak2 ni..
kanak2 tu ibarat scanner. ape yang di scan, itu la yang akan keluar nanti. indah bukan?
so tunjukkan yang bagus2 je pada kanak2. supaya mereka jadi seorang yang bagus.mudah!

"cikgu2, kat rumah saya ada PENGUIN. saya bela PENGUIN. comellll..." sorang kanak2 mencelah, penuh dengan ekspresi dia bercerita. lengkap dengan gaya penguin berjalan dia gayakan.
Kawan aku tanya kepada kanak2 tu. "o...jadi penguin tinggal di tempat yang macam mana ya??cuba ceritakan macam mana rumah penguin tu??"
"umah penguin tu ais batu la cikgu..burrrr...sejukkkk.." dia memeluk tubuh. sejuk.
dia menyambung lagi. "penguin makan ikan tau cikgu, nyum2.." dia mengunyah berkali2. sangat comel dia mengayakan aksi penguin mengunyah.sungguh.

"tapi kan cikgu, penguin tu garang. kita tak boleh usik dia. nanti dia marah kita...grrrrr..." dia menunjukkan muka marah kepada kawan aku.. SUMPAH.COMEL SANGAT!!
kawan aku hanya tergelak2 melayan kanak2 tu bercerita. daripada imaginasi dia tu rasa macam betul2 dia ada membela haiwan kutub ais tersebut. hehehe
Tak cukup dengan tu, ada juga yang bagitahu dia ada membela IKAN PAUS di rumahnya.
Statement tu betul2 membuatkan aku tergelak besar. Tak dapat nak bayangkan kalau la betul dia ada bela IKAN PAUS dirumahnya.!

Wah... Kagumnya!
Imaginasi mereka sangat tinggi.
Bagi kanak2, tak ada salahnya mereka berimaginasi. Malah itu adalah petanda sihat bagi perkembangan mereka..
Jangan disekat imaginasi kanak2, biarkan mereka berimaginasi. Dengan cara itu, otak mereka akan mudah berkembang.

0 mereka berkata2: